Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Cerita "Bomoh Kencing Manis" :-)

Hari ini kami nak berkongsi cerita tentang kawan kita di Kulim, Kedah. Beliau bernama Samsutapa tapi dikenali dikalangan rakan2 dengan panggilan Along. Di sebelah utara sana, atas usaha keras beliau mempromosikan produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine disana, beliau juga dikenali sebagai "Bomoh Kencing Manis". Ramai pesakit2 kencing manis dikawasan utara telah mendapat manfaat atas hasil kerja keras beliau tersebut. Alkisahnya, dihujung Ramadhan lalu beliau telah mengalami sakit perut yang teramat sangat, hingga terpaksa dibawa ke hospital. Hasil pemeriksaan keatas beliau mendapati usus beliau telah luka. Menurut doktor usus beliau luka disebabkan beliau gemar makanan pedas seperti nasi kandar dan beliau juga seorang perokok. Cuma berita baiknya, setelah diperiksa usus beliau menggunakan kamera, doktor agak terkejut kerana menurut doktor usus beliau seperti usus budak, sangat cantik. Maka benarlah amalan beliau meminum Alpha Lipid LifeLine setiap hari memberi hasil yang baik